Lagu paus
Lagu paus

Lagu paus

Lagu paus adalah bunyi yang dihasilkan oleh paus sebagai berhubung. Perkataan lagu digunakan khususnya bagi menggambarkan pola bunyi yang berkala dan boleh diramal yang dihasilkan oleh sesetengah spesies paus (terutamanya paus bongkok) dalam cara yang menyerupai nyanyian manusia.Mekanisma yang digunakan bagi menghasilkan bunyi berbeza daripada satu keluarga ketakeans dengan yang lain. Mamalia laut, seperti paus, lumba-lumba, dan porpoise, lebih bergantung kepada bunyi bagi perhubungan dan rasa berbanding mamalia darat kerana deria lain kurang berkesan dalam air. Penglihatan adalah terhad bagi mamalia laut disebabkan cara air menyerap cahaya. Bau juga terhad, kerana molekul tersebar lebih perlahan dalam air berbanding di udara, yang menjadikan bau kurang berkesan. Tambahan lagi kelajuan bunyi dalam air adalah sekitar empat kali ganda berbanding atmosphere pada aras laut. Disebabkan mamalia laut begitu bergantung kepada pendengaran untuk perhubungan dan mencari makan, ahli pemeliharaan alam sekitar dan pakar cetologist merasa bimbang bahawa mereka terjejas oleh peningkatan bunyi sekeliling dalam lautan di dunia yang berpunca daripada kapal dan penjelajahan mukabumi laut (marine seismic surveys).